Search This Blog

Monday, February 28, 2011

PERPUSTAKAAN DESA PUNCAK ALAM

PERPUSTAKAAN DESA PUNCAK ALAM

LRG Mahkota Impian 2/17, Fasa 1, 42300 Puncak Alam

Alamat ::
Perpustakaan Desa Puncak Alam,
PT 1562 Fasa 1D,
Lrg Mahkota Impian 2/17,
Seksyen 2, 42300 Puncak Alam,
Selangor

Tel ::
+603 - 33921243

Emel ::
pdpuncakalam@gmail.com

Website ::
http://pdpuncakalam.blogspot.com

http://bdrpuncakalam.pjl.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=19&Itemid=34

Minggu ke 2 dan Ke 4 - Isnin - Jumaat ( 9 pagi - 6 petang)//Sabtu : ( 9 pagi - 5.30 petang)
Minggu ke 1 dan Ke 3 - Selasa - Jumaat ( 9 pagi - 6 petang)

Wi-Fi, yuran Pendaftaran : RM 5 / seumur hidup
Komputer : 4 unit / pegunaan : 30 min - 1 jam

Lokasi : di Dewan Orang Ramai, Fasa 1 (selepas turun dari Surau Fasa 1, belok kanan)

01.03.2011 Selasa 11.55 pagi
-Call. Triss jawap. Beri maklumat ttg Perpustakaan Desa Puncak Alam.

Link untuk Puncak Alam

http://ttgi.blogspot.com/


http://pppaf2.blogspot.com
PERSATUAN PENDUDUK PUNCAK ALAM FASA 2


http://ms.wikipedia.org/wiki/Kampus_UiTM_Puncak_Alam

http://www.pa2ps.com/2011/?cat=14

http://ms.wikipedia.org/wiki/Laman_Utama

http://www.pa2ps.com/2011/?cat=12


http://www.google.com.my/search?sourceid=chrome&ie=UTF-8&q=bandarpuncakalam

http://www.bandarpuncakalam.com/v2/bilik-forum-bandar-puncak-alam.html

http://www.bandarpuncakalam.com/v2/


PERPUSTAKAAN DESA BANDAR PUNCAK ALAM
http://bdrpuncakalam.pjl.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=19&Itemid=34

Google utk Puncak Alam dari Berita Harian

Jimat RM600 juta bina 6 kampus UiTM

link asal



DALAM NEGERI

ARKIB : 05/05/2010

Jimat RM600 juta bina 6 kampus UiTM

PUTRAJAYA 4 Mei - Kerajaan dijangka mampu menjimatkan kos kira-kira RM600 juta bagi pembinaan enam buah kampus baru cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, melalui PFI, kosnya sekitar tidak lebih RM300 juta bagi setiap kampus berbanding kaedah konvensional yang boleh melebihi RM400 juta sebuah.
''Ia juga dilihat bukan hanya mampu memperluaskan peluang untuk menambah akses kepada pendidikan tinggi tetapi pada masa sama menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.
''Ini kerana setiap perbelanjaan yang dilaburkan untuk sektor pendidikan tinggi dapat memberikan pulangan yang berganda jumlah yang dibelanjakan itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi Pembangunan Kampus Cawangan UiTM Secara PFI Antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), UiTM dan Pemegang Konsesi di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan.
Enam kampus baru cawangan UiTM itu adalah Pasir Gudang, Johor; Jasin (Melaka), Seremban 3 (Negeri Sembilan), Samarahan (Sarawak), Puncak Alam (Selangor) dan Tapah (Perak).
Selain itu, enam buah kampus dalam perancangan iaitu di Dengkil (Selangor), Pekan (Pahang), Mukah (Sarawak), Kapar (Selangor) dan Rembau (Negeri Sembilan) akan dimulakan pembinaannya di awal Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Mohamed Khaled memberitahu, pihak KPT akan memantau dengan teliti perkembangan setiap projek pembinaan enam kampus cawangan UiTM itu.
''Ini kerana ia berkait rapat dengan unjuran kita bagi menambahkan peluang kepada pelajar untuk memperoleh pendidikan tinggi.
''Jika lambat siap, maka ia akan menjejaskan peluang tersebut dan ini pasti menghalang kerajaan memperoleh sumber tenaga mahir," katanya.

Hari Keusahawanan SMK Puncak Alam meriah

PENDIDIKAN

ARKIB : 10/05/2010

Hari Keusahawanan SMK Puncak Alam meriah

PROGRAM pemeriksaan kesihatan yang diadakan sempena Hari Keusahawanan SMK Puncak Alam di Shah Alam, baru-baru ini.


SHAH ALAM 9 Mei – Hari Keusahawanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puncak Alam berjaya mengumpul dana untuk menambah baik kemudahan-kemudahan sedia ada seperti tandas, pondok-pondok bacaan dan ‘water cooler’ bagi keselesaan para pelajarnya.
Bagaimanapun menurut Pengetuanya, Abdul Khalid Jaafar, objektif utama Hari Keusahawanan ini adalah untuk memberi pendedahan umum kepada warga sekolah tentang kepentingan permuafakatan pihak sekolah dengan badan-badan luar, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti setempat.
“Hubungan baik ini penting supaya sebarang bentuk program untuk memaju dan memantapkan pelajar di sekolah ini mendapat kerjasama serta sokongan padu daripada mereka,” jelasnya di sini baru-baru ini.

'Mana lampu isyarat kami'

KOTA

ARKIB : 09/12/2009

'Mana lampu isyarat kami'





SHAH ALAM 8 Dis. - Kira-kira 30,000 penduduk Puncak Alam di sini terpaksa berhadapan dengan risiko kemalangan setiap hari apabila simpang tiga yang merupakan jalan masuk utama ke kawasan perumahan itu tidak dilengkapi lampu isyarat.
Mereka mendakwa lampu isyarat berkenaan sepatutnya telah lama dibina di situ kerana simpang tiga tersebut terletak di jalan utama untuk pergi ke Kuala Selangor, Ijok, pekan Meru, Shah Alam dan Perak.
Selain itu kata mereka, sudah banyak kemalangan yang hampir meragut nyawa berlaku di simpang tersebut sehingga membimbangkan penduduk.
Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Alam Fasa 2, Sawawi Ismail memberitahu, mereka tidak mempunyai pilihan selain menggunakan jalan itu untuk ke tempat kerja dan keluar masuk daripada kawasan perumahan tersebut.
Menurutnya, sejak sembilan tahun lalu, simpang itu telah menyebabkan banyak kemalangan dan dalam tempoh sebulan kadang-kala lebih daripada 10 kes dilaporkan berlaku.
"Kemalangan berlaku apabila semua kenderaan dari tiga arah bertembung kerana ingin cepat sampai ke destinasi masing-masing.
"Apa yang lebih membahayakan nyawa penduduk di sini apabila lampu jalan tidak menyala pada waktu malam menyebabkan mereka sukar untuk melihat kenderaan yang datang dari arah yang berlainan," katanya pada Utusan Malaysia ketika ditemui baru-baru ini.
Lebih membimbangkan penduduk di situ kata Sawawi, jalan itu juga digunakan oleh kenderaan berat seperti lori pasir dan tanah yang menghantar muatan ke tapak pembinaan di dalam kawasan perumahan tersebut.
Sehubungan itu beliau memohon agar pihak berkaitan segera memasang lampu isyarat di persimpangan tersebut bagi mengelak berlaku kejadian kemalangan dan mungkin juga kehilangan nyawa.
Seorang lagi penduduk, Norhayati Abdul Hadi, 42, berkata, lampu isyarat di kawasan itu perlu segera dibina bagi menjamin keselamatan penduduk serta pengguna jalan raya lain memandangkan banyak berlaku kemalangan sejak kebelakangan ini.
Beliau yang sudah menghuni kawasan perumahan itu selama lima tahun memberitahu, setiap minggu pasti berlaku kemalangan di persimpangan tersebut.
"Lagi pun pembukaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) enam bulan lalu tidak jauh dari simpang ini menambahkan lagi jumlah penduduk di sini kerana kebanyakan daripada mereka menyewa di kawasan perumahan ini.
"Dalam sebulan, ada saja kemalangan berlaku di kawasan ini, biasanya mangsa yang keluar masuk dari simpang di kiri kanan jalan atau membuat pusingan U.
"Disebabkan tiada lampu isyarat, nasib penduduk dan pengguna jalan raya di sini umpama telur di hujung tanduk, kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja," ujarnya.
Seorang lagi penduduk, Kamaruzaiki Kamaruddin, 40, berkata, sememangnya lampu isyarat perlu dipasang dengan segera kerana laluan tersebut juga merupakan jalan yang selalu digunakan oleh orang ramai untuk ke Perak bagi mengelak kesesakan sekiranya mengunakan lebuh raya pada musim-musim tertentu.
Katanya, terlalu banyak kenderaan menggunakan laluan itu terutama pada waktu puncak selain setiap kali tiba musim perayaan, kenderaan dipandu laju sehingga sering berlaku kemalangan.
"Persimpangan ini boleh dikategorikan sebagai laluan berbahaya kerana sentiasa sibuk terutamanya pada waktu petang apabila kebanyakan penduduk pulang dari tempat kerja.
"Apa yang menjadi persoalan penduduk di sini bagaimana lampu isyarat boleh dibina terlebih dahulu di simpang masuk UiTM sedangkan universiti itu baru sahaja dibuka," katanya.
Tambahnya, apa yang diharapkan oleh penduduk di situ adalah pembinaan lampu isyarat tersebut dapat disegerakan kerana mereka tidak mahu perkara tidak diingini berlaku kepada ahli keluarga dan juga penduduk di kawasan perumahan itu.

'Zon perang' di Puncak Alam

KOTA

ARKIB : 12/10/2010

'Zon perang' di Puncak Alam



BUKIT berhampiran taman perumahan Puncak Alam Fasa 2, Shah Alam yang sedang dalam proses diletupkan. - UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ


KUALA SELANGOR 11 Okt. - Kedamaian yang dinikmati penduduk Puncak Alam Fasa 2 di sini bagaikan diragut apabila sebuah syarikat pemaju memulakan kerja-kerja meletupkan bukit berhampiran kawasan itu.
Mereka kini seperti berada di 'zon perang' kerana terpaksa berdepan dengan bunyi letupan kuat diikuti dengan gegaran dari tapak sebuah projek yang terletak kira-kira 500 meter dari kawasan perumahan itu.
Penduduk mendakwa, mereka menyedari bukit di kawasan projek itu mula diletupkan sedikit demi sedikit pada bulan puasa lalu.
Selain rasa terganggu, penduduk turut bimbangkan keselamatan mereka terancam serta kemungkinan terdedah kepada pelbagai masalah lain.
Antaranya, kemungkinan berlaku keretakan pada rumah mereka, pencemaran bunyi dan juga masalah batu berterbangan dan habuk yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk.
Sekalipun tiada sebarang masalah besar berlaku sejak kerja-kerja letupan itu dijalankan sejak lebih sebulan lalu, namun sudah ada kesan-kesan kecil daripada aktiviti tersebut.
Sehubungan itu, penduduk meminta Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Jabatan Alam Sekitar meninjau lokasi terlibat.
Ini bagi memastikan kerja-kerja pembangunan yang dijalankan pemaju terbabit tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.
Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi terlibat tepat pukul 12 tengah hari baru-baru ini iaitu waktu yang didakwa penduduk sebagai waktu puncak kerja-kerja letupan dijalankan, pada awalnya mendapati tiada sebarang letupan berlaku.
Bagaimanapun, tepat pukul 12.15 tengahari, satu letupan kuat kedengaran, diiringi gegaran. Beberapa saat kemudian kelihatan debu berterbangan di kawasan berhampiran, sekali gus mengesahkan dakwaan penduduk.
Utusan Malaysia dimaklumkan, sehingga kini penduduk tidak menerima sebarang notis menyatakan kerja-kerja letupan akan dilakukan di tapak projek berkenaan.
Penduduk juga mendakwa, papan tanda yang menyatakan kerja-kerja letupan sedang dijalankan dari pukul 12 tengah hari hingga 5 petang baru sahaja dipasang.
Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Alam Fasa 2, Ahmad Zawawi Ismail, 63, mengakui ada menerima aduan daripada penduduk mengenai kerja-kerja letupan di tapak projek berkenaan.
Menurutnya, demi keselamatan dan keselesaan penduduk, aduan tersebut akan dikemukakan kepada pihak MDKS untuk tindakan selanjutnya.
Seorang penduduk, Azizan Ahmad, 41, berkata, walaupun sudah mendapat kebenaran pihak berkuasa, pemantauan harus dilakukan bagi menjamin keselamatan semua pihak terutama penduduk.
Katanya, dia hairan mengapa kerja-kerja meletup itu diluluskan MDKS sedangkan pihak itu tahu ia boleh menjejaskan kualiti hidup penduduk berhampiran.
"Apa yang diharapkan ialah pihak berkuasa dapat melihat perkara ini demi memastikan kehidupan kami di sini tidak terganggu,'' katanya yang menetap di kawasan perumahan berkenaan sejak 2003.
Normah Yusof, 40, pula berkata, kerja-kerja letupan itu sering mengganggu pelanggan di kedai makannya dan bimbang mereka tidak akan datang lagi ke situ.
Dia yang menjalankan perniagaan gerai makan sejak tiga tahun itu berkata, itu adalah pertama kali kejadian seperti berlaku.
Pendapat Normah dipersetujui Habibi Abdul Razak, 52, seorang tukang masak.
Dia yang menjalankan perniagaan kedai makan sejak tahun 2007 mengakui ketiadaan sebarang notis daripada pihak pemaju, menimbulkan tanda tanya.
Sepatutnya, katanya, pemaju terbabit perlu memaklumkan kepada penduduk terlebih dahulu kerana projek itu terletak dekat dengan kawasan penempatan dan ia pasti akan mengganggu orang ramai.
"Apa yang berlaku seolah-olah soal keselamatan penduduk dipandang sebelah mata. Papan tanda kerja-kerja letupan sedang dilakukan juga hanya dipasang selepas hampir sebulan kerja-kerja tersebut dijalankan,'' ujarnya.
Azmi Idris, 40, pula tidak menolak kemungkinan kejadian akuarium ikannya pecah beberapa minggu lalu berpunca daripada gegaran kawasan projek itu.
Dia yang sudah hampir tujuh tahun menetap di situ berkata, pihak berkuasa perlu melakukan sesuatu dengan segera bagi mengelakkan lebih banyak lagi kerosakan harta benda terpaksa ditanggung penduduk.
"Jika harta benda mungkin boleh dicari ganti, bagaimana jika ia melibatkan nyawa penduduk,'' ujarnya.

JKR jawab kesesakan Jalan Shah Alam-Batu Arang

link asal



FORUM

ARKIB : 04/11/2010

JKR jawab kesesakan Jalan Shah Alam-Batu Arang

MERUJUK kepada aduan Forum bertajuk Jalan Shah Alam-Batu Arang mohon polis trafik yang disiarkan pada 1 November 2010.
Dimaklumkan bahawa jalan yang diadukan melibatkan persimpangan Jalan Negeri B49 (Jalan Kuala Selangor dengan Jalan Persekutuan FT3214) dan Jalan Persekutuan FT3214 (Jalan Sungai Buloh dengan Shah Alam). Pihak Jabatan Kerja Raya telah menjalankan kajian trafik dan mendapati berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk di persimpangan Laluan Persekutuan FT3214 dan Laluan Negeri B49 (J1) pada waktu pagi antara pukul 6.20 pagi hingga 8.30 pagi.
Di samping itu kesesakan juga turut berlaku di laluan susur keluar dari Lebuh Raya Guthrie menghala ke Jalan Majlis dan Jalan Persekutuan FT3214 (J2).
Hasil kajian tersebut juga mendapati punca berlaku kesesakan yang teruk di lokasi tersebut adalah disebabkan oleh pertambahan bilangan trafik melebihi tahap keupayaan jalan berkenaan terutama pada waktu puncak.
Bagi Jalan Negeri B49, jumlah trafik adalah sebanyak 2294 pcu/hr berbanding keupayaannya sebanyak 1800pcu/hr, manakala Jalan Persekutuan FT3214 adalah sebanyak 3875pcu/hr berbanding keupayaan jalan sebanyak 3600pcu/hr.
Selain itu, di persimpangan J1 hanya terdapat dua lorong disediakan untuk trafik di atas laluan B49 yang ingin membelok ke kiri atau ke kanan jalan dengan dikawal oleh lampu isyarat yang sama. Kepadatan trafik di persimpangan ini adalah tinggi dengan Level of Service F dan hampir 80 peratus kenderaan membelok ke kanan.
Oleh yang demikian, jumlah kenderaan yang melepasi lampu isyarat dalam sesuatu masa lampu hijau adalah sedikit berbanding jumlah kenderaan yang menunggu. Masa menunggu melepasi simpang ini pula adalah 17 minit dengan panjang kenderaan beratur sejauh 1.5 kilometer.
Sehubungan itu, pihak JKR telah mengambil penyelesaian jangka pendek bagi mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut terutama pada waktu puncak pagi di persimpangan J1 dengan menambah bilangan lorong sedia ada di persimpangan B49/FT 3214 daripada dua lorong kepada tiga lorong sehala di mana dua lorong untuk membelok ke kanan dan satu lorong untuk membelok ke kiri secara terus. Penambahan satu lorong ini adalah dengan memecah median sedia ada dan digantikan dengan New Jersey Barrier (NJB). Kerja menaiktaraf persimpangan ini telahpun bermula pada 20 Oktober yang lalu dan dijangkakan siap dalam tempoh enam minggu.
Di samping itu, tindakan juga diambil dengan melebarkan jalan menuju ke jambatan di simpang J1 dari persimpangan Sunway Kayangan untuk menjadikan laluan tersebut daripada satu lorong kepada dua lorong.
Untuk mengurangkan kesesakan di waktu puncak petang pula, satu lorong baru yang merupakan laluan terus membelok ke kiri di simpang J1 akan disediakan di atas Laluan Persekutuan FT3214 untuk kenderaan memasuki Jalan B49.
Di samping itu, pembinaan jalan susur masuk dari Lebuh Raya Guthrie ke Jalan Negeri B49 sedang dibina oleh pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang dijangka dapat digunakan sebagai laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan di waktu puncak petang di simpang J2.
Untuk pengetahuan, pihak polis trafik juga telah memberi kerjasamanya mulai 1 November 2010 dengan menempatkan anggotanya untuk mengawal kelancaran perjalanan lalu lintas di persimpangan tersebut terutama pada waktu puncak.
Adalah diharapkan para pengguna dapat bersabar dan mematuhi arahan pegawai polis trafik yang bertugas di situ dan diharapkan dengan tindakan semua ini ia dapat melegakan para pengguna dan mengurangkan masalah kesesakan yang berlaku di persimpangan itu.
Bagi tempoh penyelesaian jangka masa panjang pihak JKR akan membuat permohonan kepada pihak Kerajaan untuk mendapatkan peruntukan bagi menaiktaraf persimpangan tersebut dan dipertimbangkan untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
SAIPOL ANWAR MOHD. RAJI
Pegawai Perhubungan Awam
Jabatan Kerja Raya Malaysia

Trafik jamin kawal Jalan S. Alam-Batu Arang

FORUM

ARKIB : 19/11/2010

Trafik jamin kawal Jalan S. Alam-Batu Arang

MERUJUK kepada perkara "Jalan Shah Alam - Batu Arang Mohon Polis Trafik", Utusan Malaysia, 3 November 2010, muka surat 12.
Untuk pengetahuan Jalan Shah Alam ke Batu Arang (B49) adalah penghubung dari Bandaraya Shah Alam menuju ke Seksyen U9, Seksyen U10 di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam serta ke kawasan Sungai Buloh di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kuala Selangor.
Sejak pembukaan kawasan perumahan baru yang begitu mendadak terutama di kawasan Seksyen U9 dan Seksyen U10, kepadatan penduduk turut bertambah.
Justeru keadaan lalu lintas menjadi sesak terutama waktu puncak iaitu dari pukul 7 pagi hingga 9 pagi kerana semua penduduk di kawasan sekitar akan menggunakan jalan yang sama untuk berulang-alik ke tempat kerja.
Keadaan jalan raya juga merupakan faktor penyumbang kepada kesesakan lalu lintas di sini.
Permukaan jalan yang berbukit serta tidak rata menyebabkan pengguna memperlahankan kenderaan mereka khususnya m/lori (kenderaan berat) apabila melalui kawasan berkenaan dan dengan ini sudah tentu perjalanan kenderaan akan bertambah sesak.
Bagi mengatasi masalah tersebut dalam jangka masa panjang, pihak berkuasa telah pun mengambil tindakan manakala bagi jangka masa pendek pula, anggota polis trafik telah ditugaskan setiap hari bekerja dari pukul 7 pagi hingga 9 pagi di lampu isyarat persimpangan Jalan Shah Alam/ Batu Arang bagi mengawal kesesakan tersebut.
Bagaimanapun, pada masa-masa tertentu keanggotaan Polis Trafik IPD Shah Alam tidak mencukupi kerana terlibat dengan tugas-tugas lain yang lebih mendesak.
Sayugia dimaklumkan bahawa penugasan di lokasi tersebut adalah diberi keutamaan demi menjaga perkhidmatan terbaik kepada pengguna jalan raya.
Semoga dengan adanya anggota trafik tersebut dapat membantu dalam mengurangkan kesesakan terutama pada waktu puncak.
RUSLAN ABDULLAH DSP Ketua Bahagian Ketenteraman Awam/Ketua Trafik Daerah, Shah Alam

SESAAT UiTM perangi aedes

KAMPUS

ARKIB : 06/12/2010

SESAAT UiTM perangi aedes




Fakulti Farmasi UiTM Puncak Alam dan Ehsan telah bergabung tenaga untuk membangkitkan kesedaran masyarakat mengenai nyamuk aedes.


Apabila seorang mahasiswa dilaporkan turut menjadi mangsa korban kerana nyamuk aedes, sekumpulan pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Puncak Alam telah mengambil inisiatif menganjurkan Program SESAAT: Sentiasa Sihat UiTM bersama persatuan penduduk Bandar Puncak Alam baru-baru ini.
Menyedari isu denggi bukan lagi sekadar isu kesihatan tetapi telah menjadi isu nasional, ahli Environmental Health Student's Association (Ehsan) dan warga Fakulti Farmasi UiTM Puncak Alam telah bergabung tenaga untuk membangkitkan kesedaran mahasiswa dan penduduk Bandar Puncak Alam Fasa 3 bahawa pembiakan nyamuk aedes mampu dikawal melalui penjagaan alam sekitar.
Selain itu, projek SESAAT tersebut adalah salah satu program bagi Projek Kasih Sayang 1Malaysia yang bertujuan mempromosi serta mendidik masyarakat mengenai kehidupan yang sihat melalui pemeriksaan serta pameran kesihatan, kaunseling ubat, dan ceramah kesihatan kepada masyarakat luar bandar.
Presiden Ehsan, Shukri Shuhaimee berkata, penganjuran program SESAAT ini antara lain adalah untuk membangkitkan kesedaran masyarakat tentang isu kesihatan yang selama ini dipandang ringan oleh kebanyakan orang.
“Sebagai pelajar yang bernaung di bawah Fakulti Sains Kesihatan dan Farmasi, kami berasa bertanggungjawab untuk berkongsi pengetahuan yang dimiliki bersama masyarakat untuk mengatasi masalah kesihatan terutamanya mengenai nyamuk aedes dan demam denggi yang kini telah menjadi isu nasional.
“Biarpun perjalanan program ini bermula ketika kami sedang sibuk membuat persiapan akhir untuk menduduki peperiksaan, namun demi mencari pengalaman bekerja di lapangan masing-masing berusaha gigih bagi memastikan ia berjalan lancar seperti dirancangkan,” katanya.
Menurut Setiausaha Program SESAAT, Noor Amirah Ghafar, walaupun penglibatan pelajar dalam program ini dilakukan secara sukarela, namun masing-masing memberikan komitmen agar dapat berbakti kepada masyarakat.
“Melalui program ini juga, satu kaji selidik mengenai nyamuk aedes telah diadakan dari pintu ke pintu rumah penduduk Bandar Puncak Alam Fasa 3 supaya maklumat yang cuba kami sampaikan diterima setiap penduduk di sana.
“Semasa menjalankan kaji selidik tersebut, pelbagai cabaran yang perlu kami hadapi terutamanya untuk mendapatkan kerjasama daripada tuan rumah itu sendiri. Apabila mereka mengetahui kami hanyalah pelajar, soal selidik tersebut hanya dilakukan secara sambil lewa sahaja,” katanya.
Bagaimanapun menurut Amirah, segala cabaran yang perlu dihadapi sepanjang menjalankan program SESAAT ini dianggap sebagai persediaan untuk menghadapi pelbagai ragam manusia apabila bekerja kelak.
Sementara itu Pensyarah Fakulti Farmasi, Aida Azlina Ali berkata, program sebegini adalah peluang buat mahasiswa dari kedua-dua buah fakulti untuk berkomunikasi dengan masyarakat setempat.
“Program ini juga adalah laluan buat para pelajar untuk mengutip segala pengalaman dan mengaplikasikan apa yang dipelajari di dewan kuliah,” ujar Aida.

Sah, tol terbaru di Jalan Shah Alam-Batu Arang

FORUM

ARKIB : 31/01/2011

Sah, tol terbaru di Jalan Shah Alam-Batu Arang

MAKLUM balas daripada pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) kepada usul dibentangkan Gabungan Bertindak Penduduk-Penduduk U10 Shah Alam telah terjawab.
Tol RM1.40 sudah tidak menjadi rahsia lagi. Pihak LLM telah menceritakan apa sebenarnya perjanjian mereka bersama-sama sekutu-sekutu mereka.
Seperti mana kita jangkakan, kos pembinaan jalan raya bagi kemudahan orang awam di Shah Alam perlu dilunaskan oleh penduduk Shah Alam yang menggunakan Jalan Shah Alam-Batu Arang (B49).
Jika diperhatikan sejak tahun 2000 lagi, LLM telah berhasrat untuk mendapat kontrak membangunkan laluan tol di jalan B49 sehingga ke Puncak Alam. Pihak MBSA, JKR Selangor, KPKT dan pentadbiran negeri Selangor sudah pun mengetahui perkara ini dari mula pelan pembangunan dibentangkan.
Oleh kerana tidak ada agensi kerajaan dan pemaju yang ingin rugi mengeluarkan duit poket membiayai infrastruktur jalan raya B49 maka secara halus dirancangkan agar pembeli/penduduk yang akan membayar semua kos-kos infra ini. Sedangkan semua duit cukai (STD) dan cukai jalan telah dilunaskan untuk membiayai pembangunan kemudahan rakyat yang didahulukan di Malaysia.
Sehubungan itu, kami mahu melihat Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazalan Md. Noor bangun dan proaktif mengadakan satu mesyuarat tergempar bersama-sama Ahli Majlis Tertinggi MBSA dan MB Selangor bagi menghapuskan caj tol di Jalan B49, Bandar Raya Shah Alam.
Di masa yang sama, diharapkan pihak Ketua PDRM Shah Alam memberikan bantuan kawalan trafik berterusan sepanjang waktu puncak di persimpangan menghala keluar/masuk ke arah Jalan B49, Sg. Buloh dan persimpangan Bukit Jelutung Utara.
Kapasiti jalan raya di Bandar Raya Shah Alam Utara pada 2011 sudah semakin kritikal.
ADNAN ABDUL KADIR
Pengerusi Gabungan Bertindak Penduduk-Penduduk U10 Shah Alam

Simpang Maut di Fasa 3, Bandar Puncak Alam

FORUM

link asal

ARKIB : 31/01/2011

Simpang Maut di Fasa 3, Bandar Puncak Alam

LEWAT petang awal minggu ini, berlaku kemalangan maut membabitkan seorang remaja antara sebuah motosikal dan bas di simpang Fasa 3, Bandar Puncak Alam. Kasihan melihat si ibu meratap kematian anaknya itu.
Untuk pengetahuan, simpang tersebut dipenuhi dengan deretan kedai-kedai haram yang menghalang pandangan penduduk Fasa 3. Selalunya penduduk di situ teragak-agak untuk keluar dan membahayakan pemandu dari arah terus.
Saya difahamkan kedai-kedai haram itu telah lama diarahkan pindah, namun tiada penguatkuasaan daripada Majlis Daerah Kuala Selangor. Lagipun, kebanyakan yang berniaga di situ adalah warga asing.
Setiap hari, saya mendengar keluhan penduduk Shah Alam 2 yang melalui simpang tersebut terutamanya masa pagi untuk ke tempat kerja.
Justeru, saya merayu kepada Majlis Daerah Kuala Selangor untuk memindahkan kedai-kedai haram itu ke tempat yang lebih selamat. Janganlah sampai berlaku dua tiga kematian lagi baru mula bertindak.
NAZREE IBRAHIM
Shah Alam 2, Puncak Alam

UM-Selasa 08/02/2011 - PUNCAK ALAM : 100 mahasiswa UiTM sertai kempen kesedaran kualiti air Syabas

link asal



KAMPUS

ARKIB : 08/02/2011

100 mahasiswa UiTM sertai kempen kesedaran kualiti air Syabas

KUALA SELANGOR 7 Feb. - Kira-kira 100 mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam menyertai kempen kesedaran pengguna mengenai kualiti air anjuran Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) di sini, baru-baru ini.
Kempen kali kedua pada tahun ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada pengguna berhubung sistem bekalan dan kualiti air yang dibekalkan Syabas.
Kempen tersebut disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som.
Abdul Halem berkata, kempen itu merupakan sebahagian daripada usaha mendekati pengguna dan menjelaskan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Syabas dalam meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air.
''Syabas telah melaksanakan pelbagai program peningkatan kualiti air antaranya program pencucian kolam, program pembersihan air dan program penggantian sambungan paip.
''Bagi menjamin kualiti air yang dibekalkan, Syabas sentiasa menepati piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kimia.
''Kementerian berkenaan dengan 1,000 sampel air diambil dari stesen Syabas di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk dianalisis," katanya.
Abdul Halem berkata, Bahagian Kualiti Air Syabas juga menjalankan ujian pensampelan air secara berterusan melalui makmal-makmal bebas bagi memastikan pengguna mendapat bekalan air berkualiti.

UM-Selasa 08/02/2011 - PUNCAK ALAM : Susur keluar ke Puncak Alam bakal atasi kesesakan

link asal



ARKIB : 08/02/2011

Susur keluar ke Puncak Alam bakal atasi kesesakan

SHAH ALAM 7 Feb. - Para pengguna jalan raya yang ingin ke Puncak Alam kini boleh menarik nafas lega apabila satu susur keluar bernilai RM4 juta menghubungkan terus Lebuh Raya Guthrie ke Jalan Batu Arang bakal dibuka penghujung Februari ini.
Susur keluar sepanjang satu kilometer itu bakal menjadi laluan alternatif bagi mengelak kesesakan di Jalan Bukit Jelutong menuju ke Jalan Batu Arang.
Pengurus Besar Prolintas Expressway Sdn. Bhd, Ir. Yang Sapuan Hasim berkata, susur keluar itu adalah penambahbaikan terhadap lebuh raya berkenaan bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi pengguna sejak tiga tahun lalu.
Menurut beliau, susur keluar itu bakal menjimatkan masa perjalanan kira-kira 30 minit pada waktu puncak berbanding sebelum ini.
"Dulu jika pengguna ingin mengelak kesesakan di Jalan Bukit Jelutong mereka akan memasuki Plaza Tol Bukit Jelutong dan perlu membuat pusingan di persimpangan Bukit Subang kemudian memasuki Jalan Batu Arang untuk ke Puncak Alam dengan jarak perjalanan dianggarkan enam kilometer.
"Kini setelah susur keluar itu dibuka, pengguna hanya mengambil masa kira-kira tiga minit untuk sampai ke susur keluar Jalan Batu Arang melalui Plaza Tol Bukit Jelutong," katanya baru-baru ini.
Yang Sapuan berharap pembukaan susur keluar itu dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan sekali gus menyelesaikan beberapa aduan para pengguna yang pernah disiarkan oleh akhbar-akhbar tempatan.
"Kita berharap pembukaan susur keluar itu dapat memuaskan hati semua pihak terutama mereka yang menggunakan laluan berkenaan setiap hari," katanya.

UM-Isnin 28.02.2011 - KOTA : Penduduk Pangsapuri Astana Alam 2 lega Syabas tukar meter

link asal



KOTA

ARKIB : 28/02/2011

Penduduk Pangsapuri Astana Alam 2 lega Syabas tukar meter

HALIM Ishak (dua dari kiri) beramah mesra dengan penduduk pada majlis pertukaran meter pukal kepada meter individu di Pangsapuri Astana Alam 2, Kuala Selangor semalam. - UTUSAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI


KUALA SELANGOR 27 Feb. - Seramai 517 penghuni Pangsapuri Astana Alam 2 hari ini lega selepas permohonan mereka untuk menukar meter air pukal kepada meter individu pada November tahun lalu diterima pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).
Penolong Pengurus Besar Syabas Wilayah Kuala Selangor, Halim Ishak berkata, syarikatnya menerima permohonan penghuni pangsapuri untuk menyertai program migrasi itu selepas mengambil kira masalah yang dihadapi pengguna yang menggunakan sistem bil secara pukal.
"Antara masalah utama adalah pengguna terpaksa menanggung risiko bekalan air dipotong jika pihak pengurusan tidak menjelaskan bil bulanan kepada Syabas walaupun penghuni telah membuat pembayaran mereka kepada pihak pengurusan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis bersama penduduk Pangsapuri Astana Alam 2 di sini hari ini.
Sementara itu, Halim memberitahu, mereka yang menyertai program tersebut akan menikmati kadar bekalan air yang lebih murah berbanding sebelumnya.
Ini kerana, katanya, kadar bayaran yang dikenakan untuk pengguna individu adalah lebih murah berbanding secara pukal yang biasanya diterima oleh perumahan bertingkat.
"Ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban penghuni yang sebelum ini dikenakan kadar bayaran yang lebih mahal," jelasnya.
Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Astana Alam 2, Azmi Razak berkata, pihaknya bersyukur dan gembira kerana pihak Syabas menerima permohonan penduduk untuk menukar meter pukal kepada meter individu.
"Saya ucapkan terima kasih kepada Syabas yang memberi komitmen yang baik serta telah memberikan perkhidmatan yang baik kepada kami," katanya.
Seorang lagi penduduk, Asiah Kamaruddin berkata, dia gembira dengan perlaksanaan bil secara individu ini kerana kadar bayarannya yang lebih murah.
"Sebelum ini, kadar bayaran bulanan untuk kegunaan air mahal dan kadang-kadang ada juga masa yang saya tidak mampu untuk membayarnya," jelas ibu tunggal kepada tujuh anak itu.

UM-Selasa 01.03.2011 - KOTA : Roboh gerai: Ikhlas desak Selangor bayar pampasan

link asal



KOTA

Roboh gerai: Ikhlas desak Selangor bayar pampasan

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mendesak kerajaan Selangor membayar pampasan kepada peniaga gerai di Pangsapuri Pandan Perdana 700 di sini yang dirobohkan baru-baru ini.
Presidennya, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, kerajaan negeri harus bertanggungjawab terhadap tindakan yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) itu.
Menurutnya, ini kerana peniaga terbabit hanya bergantung kepada perniagaan secara kecil-kecilan mereka itu untuk menampung kos sara hidup harian masing-masing.
"Pampasan itu bertujuan menampung segala kerugian yang terpaksa ditanggung peniaga terbabit," tegasnya ketika ditemui di sini.
Beliau kesal kerana kerajaan negeri tidak memikirkan langsung kesan tindakan mereka itu sedangkan masih ada pendekatan lain yang lebih berhemah boleh diambil.
"Sudahlah kena roboh, peniaga-peniaga dipaksa pula pindah ke tempat baru, dikenakan bayaran sebanyak RM400 dan diminta membina gerai sendiri.
"Saya akan membawa peniaga-peniaga ini untuk membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan terhadap tindakan meroboh itu," katanya.
Mohd. Ridzuan menegaskan, pihaknya akan terus membela nasib peniaga-peniaga kecil yang teraniaya.
Beliau juga menyeru kepada semua peniaga khususnya di Selangor supaya bersatu bagi menentang segala bentuk tindakan meroboh yang sering dilaksanakan oleh pihak berkuasa.
Sementara itu, seorang peniaga, G.Moorty, 28, berkata, dia sudah menjalankan perniagaan di situ sejak 13 tahun lalu dan tidak pernah ada masalah.
Kini, katanya, peniaga diminta berpindah ke lokasi berhampiran tangki kumbahan, diarah membayar RM400 dan diminta membina gerai sendiri.
"Mana kami nak cari wang, sudahlah kami kerugian besar akibat gerai dirobohkan, sekarang kena pindah dan bina gerai sendiri," katanya.
Seorang lagi peniaga, Ali Hasyhim, 67, berkata, tindakan MPAJ itu telah menyebabkan dia kehilangan punca pendapatan.
"Mengapa MPAJ harus mengganggu peniaga di sini walhal kami tidak mengganggu sesiapa," katanya.
Dia juga mempersoalkan tempat baru yang diberikan oleh MPAJ kerana tempat tersebut berbau busuk dan sangat tidak menyenangkan.
Selain itu, dia turut kesal dengan wakil rakyat kawasan itu kerana tidak pernah melayan aduan peniaga walaupun sudah beberapa kali aduan dibuat.

UM-Selasa 01.03.2011 - KOTA : Rimas gangguan warga Afrika

link asal




KOTA

Rimas gangguan warga Afrika



SUBAHAN Kamal membantu mengutip sampah semasa bergotong-royong bersama penduduk Apartmen Enggang, Batu Caves, kelmarin.


SELAYANG 28 Feb. - Kehadiran semakin ramai warga Afrika yang menyewa rumah di sini merimaskan penduduk kawasan itu berikutan terdapat di kalangan mereka yang berkelakuan tidak senonoh termasuk mengganggu wanita tempatan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Datuk Subahan Kamal berkata, walaupun keadaan masih terkawal tetapi pihaknya berharap pemantauan awal akan dilakukan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.
Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa terutama polis dan Jabatan Imigresen melakukan pemeriksaan khususnya memastikan mereka masuk ke negara ini secara sah.
"Kita tidak mahu berlaku sesuatu yang tidak elok kepada penduduk tempatan berikutan kehadiran ramai warga asing berkenaan di sini," katanya selepas program gotong-royong di pekarangan Apartmen Enggang, Batu Caves dekat sini semalam.
Turut hadir, Ketua Masyarakat Apartmen Enggang, Mustaffah Karim dan Penyelaras Kanan Kemas Parlimen Selayang, Rohayah Yahya.
Sementara itu, Subahan berkata, aktiviti gotong-royong bukan sahaja dapat menjaga kebersihan sesebuah kawasan, malah mengeratkan perpaduan antara kaum serta membolehkan penduduk berkongsi tanggungjawab.
Menurutnya, kempen kesihatan dan kebersihan perlu dilaksanakan oleh penduduk secara berterusan bagi mengelakkan persekitaran yang tidak selesa dan bebas daripada kes denggi.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, cadangan beliau supaya bangunan pasar borong lama di Selayang dimajukan sebagai stesen transit aliran ringan (LRT) telah dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
"Pasar borong lama di Selayang boleh dirobohkan kerana sudah ada pasar borong baru dan masalah sosial seperti jenayah yang sering berlaku di kawasan itu yang melibatkan peniaga asing dapat dikurangkan," ujarnya.

UM-Selasa 01.03.2011 - JOHOR : minta baiki segera jambatan rosak

link asal




JOHOR

minta baiki segera jambatan rosak

Kamaruddin Yaakob dan Samion Kamaruddin mahu jambatan reput dan patah di Kampung Seri Pantai, Mersing dibaiki segera.


MERSING 28 Feb. - Penduduk Kampung Seri Pantai, dekat sini mengeluh kerana sebuah jambatan yang menjadi laluan mereka selama ini rosak sejak beberapa bulan lalu.
Seorang penduduk, Kamaruddin Yaakob, 53, berkata, jambatan terbabit menjadi laluan penduduk sejak sekian lama dan sebahagian daripada kehidupan mereka.
"Kayu-kayu di jambatan itu banyak yang reput dan patah. Lebih membimbangkan kami, ramai warga emas dan kanak-kanak yang pernah tergelincir semasa melalui jambatan ini," katanya kepadaUtusan Malaysia, di sini, baru-baru ini.
Kamaruddin yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, dia juga pernah hampir terjatuh semasa menunggang basikal ketika melalui jambatan itu kerana tidak menyedari salah satu papan di situ telah patah.
"Saya tak mampu untuk membaiki jambatan ini seorang diri. Justeru, saya minta agar ada penduduk bersama-sama bergotong-royong membaik pulihnya demi untuk kegunaan semua," katanya.
Anak bongsu Kamaruddin, Samion, 17, pula memberitahu, dia dan rakan-rakannya takut untuk bermain di jambatan berkenaan kerana ia terlalu uzur.
"Dulu selalu juga kami menunggang basikal ramai-ramai di situ, tapi kini tidak lagi kerana takut jatuh," katanya.
Seorang peniaga, Akasha Emir, 33, juga mengakui kakinya pernah terperosok semasa melalui jambatan tersebut pada waktu malam kerana papannya telah rosak dan patah.
"Kecederaan itu meninggalkan parut di kaki dan membuatkan saya serik lalu di tempat itu pada waktu malam," katanya sambil melahirkan perasaan warga emas atau kanak-kanak yang akan terjatuh jika jambatan itu tidak dibaiki segera.
Justeru, mereka berharap pihak yang bertanggungjawab turut membantu membaiki segera jambatan tersebut demi keselamatan penduduk kampung berkenaan.

UM-Selasa 01.03.2011 -Kaji keputusan bawa 45,000 pekerja India

link asal



DALAM NEGERI

Kaji keputusan bawa 45,000 pekerja India

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Kerajaan diminta mengkaji dan memperhalusi semula keputusan membawa masuk 45,000 pekerja dari India bagi tujuan mengisi kekurangan tenaga kerja dalam 13 jenis perniagaan milik persatuan peniaga-peniaga India Malaysia baru-baru ini.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, kerajaan perlu berhati-hati dalam membuat segala keputusan kerana jika dibuat secara terburu-buru, bimbang ia boleh membawa kesusahan kepada rakyat dan negara.
Kata beliau, sepatutnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu meneliti permohonan pengambilan pekerja asing dan bukannya Kementerian Sumber Manusia sahaja.
"Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya membawa masuk seramai mungkin pekerja asing kerana ada kalanya jumlah yang diluluskan tidak memenuhi keperluan sebenar, sebaliknya ia hanya permainan politik pihak tertentu.
"Kalau yang sudah menjadi warganegara Malaysia pun tidak taat kepada negara, apatah lagi dengan membawa masuk seramai ini jelas ia akan menambahkan lagi masalah sosial," katanya kepada Utusan Malaysia menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.
Semalam, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam mengumumkan kerajaan meluluskan 45,000 pekerja dari India bagi membantu persatuan peniaga-peniaga India Malaysia mengisi kekurangan tenaga kerja.
Permintaan tersebut berikutan pihak pengusaha mendakwa gagal mendapatkan tenaga kerja tempatan kerana keengganan pekerja negara ini untuk bekerja dalam sektor-sektor yang ditawarkan oleh persatuan.
Ibrahim berkata, sebelum ini kerajaan telah membekukan kemasukan pekerja asing, bagaimanapun secara tiba-tiba pula sejumlah 45,000 pekerja asing diluluskan atas dasar kelulusan khas.
"Saya minta kerajaan agar mementingkan keselamatan negara walaupun melibatkan perniagaan. Negara lain tidak semudah Malaysia dalam urusan seperti ini," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU), Datuk Zainal Rampak yang kurang senang dengan keputusan kerajaan dan alasan yang diberikan itu berkata, bukan pekerja tempatan enggan bekerja tetapi gaji yang ditawarkan tidak berbaloi.
Jelas beliau, selagi kerajaan tidak menetapkan gaji minimum, maka selagi itu kerajaan tidak boleh menjamin tempat untuk rakyat tempatan bekerja.

UM-Selasa 01.03.2011 - Keluarga Teoh tak hormati Agong

DALAM NEGERI

Keluarga Teoh tak hormati Agong

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Keluarga Teoh Beng Hock jelas tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong kerana memulaukan suruhanjaya yang menyiasat kematian beliau, kata seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan.
Datuk Shaik Daud Ismail hari ini berkata, semua pihak yang terlibat dengan Suruhanjaya Siasatan itu harus mengiktiraf dan menghormatinya kerana ia ditubuhkan dengan titah perintah Seri Paduka Baginda.
"Semua pihak ini harus memberi kepercayaan dan menunjukkan rasa hormat yang sewajarnya. Kita perlu ingat bahawa ia ditubuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong, ia bukannya ditubuhkan oleh Perdana Menteri.
"Memanglah, Perdana Menteri boleh mencadangkan si polan dan si polan dilantik tetapi Yang di-Pertuan Agong boleh menolaknya jika Seri Paduka Baginda mahukan orang lain," katanya kepada Bernama berhubung isu mengenai tindakan keluarga Beng Hock menarik diri daripada siasatan oleh suruhanjaya itu.
Adik perempuan dan abang Beng Hock serta ibu bapa mereka bersama dua peguam keluarga itu bertindak keluar daripada prosiding suruhanjaya itu pada 16 Februari lepas kerana dua permohonan mereka supaya ia ditangguhkan telah ditolak.
Beng Hock , 30, pembantu khas kepada seorang anggota Exco kerajaan negeri, ditemui mati di Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai 2009 selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Selangor yang berpejabat di bangunan itu.
Shaik Daud, yang bersara pada 2001, ketika ditanya sama ada mereka yang tidak menghormati suruhanjaya itu, juga tidak menghormati raja, berkata: "Ya, kita harus menghormati suruhanjaya ini kerana ia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Biarlah ia jalankan tugasnya." Katanya beliau tidak faham kenapa keluarga Beng Hock mengambil tindakan memboikot itu sedangkan merekalah yang bersungguh-sungguh meminta dan mendesak supaya suruhanjaya itu ditubuhkan tetapi mereka menarik diri padahal suruhanjaya itu belum pun lagi memulakan tugasnya.
Kepada soalan sama ada mereka dan peguam mereka cuba mempolitikkan isu itu, Shaik Daud berkata: "Ketepikan dahulu politik kerana semua orang ingin tahu apa yang terjadi kepada Beng Hock.
"Bukan saja keluarganya, saya yakin seluruh negara ingin tahu apa yang terjadi kepada beliau. Maka, menjadi tanggungjawab mereka untuk membantu suruhanjaya itu membuat keputusan."
Shaik Daud juga menyentuh mengenai cubaan Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, kedua-duanya peguam kepada keluarga itu, memohon supaya pengerusi suruhanjaya berkenaan, Hakim Tan Sri James Foong Cheng Yuen, menarik diri dengan alasan beliau masih anggota badan kehakiman. James Foong adalah seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.
Katanya, tugas suruhanjaya itu tidak akan terjejas jika seorang hakim yang sedang berkhidmat dilantik sebagai pengerusinya.
"Beliau (James Foong) adalah seorang hakim kanan dan seorang yang tegas, jadi sama ada seorang hakim itu sedang berkhidmat atau tidak, tidak ada bezanya.
"Dengan melantik orang seperti Tan Sri James Foong, saya tidak nampak apa bezanya. Tambahan pula, jika ada dua anggota panel itu terdiri bekas hakim, kita akan dapat menentukan akan ada ciri-ciri mengawasi dan menegur," kata Shaik Daud.
Anggota panel itu terdiri bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T. Selventhiranathan; perunding kanan pakar patologi forensik, Datuk Dr. Bhupinder Singh dan pakar perunding psikiatri Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Prof Dr. Mohamed Hatta Shaharom.
Shaik Daud berkata adalah terlalu awal bagi keluarga Beng Hock dan peguam mereka untuk menganggap pengerusi suruhanjaya itu bersifat berat sebelah memandangkan prosiding belumpun bermula semasa mereka memboikotnya.
"Biar mereka jalankan tugas dahulu. Jika kita dapati pengerusi berat sebelah, barulah bersuara. Tapi, ini belum lagi bermula, bagaimana kita tahu dia berat sebelah?" katanya.
Mengenai tindakan Karpal Singh, seorang peguam paling kanan di Malaysia untuk menarik diri kerana James Foong adalah seorang hakim yang masih berkhidmat, Shaik Daud melahirkan rasa hairan.
Katanya semasa beliau masih berkhidmat, hakim menghormati Karpal dan tidak pernah menganggap beliau sebagai anggota pembangkang apabila beliau hadir sebagai peguam bela.
"Saya kenal dia sejak 1964 ketika beliau berkhidmat sebagai peguam di Alor Setar dan saya menjadi Presiden Mahkamah Sesyen. Saya dapati beliau seorang yang serius, bijak dan bekerja keras serta tidak membuang masa mahkamah," kata Shaik Daud.
Katanya, beliau bersetuju dengan pendapat bahawa dengan memboikot siasatan itu, yang akan rugi adalah keluarga Beng Hock .
"Mereka mungkin mahu mengemukakan keterangan tetapi sekarang sudah tidak boleh kerana mereka tidak mahu bersama siasatan. Adalah lebih baik jika mereka hadir dan memberitahu hakim selaku pengerusi suruhanjaya itu bahawa mereka ingin memanggil si polan dan si polan untuk mendengar keterangan mereka," katanya.
Shaik Daud berkata bahawa dalam siasatan oleh sesebuah suruhanjaya, sesiapa saja yang mempunyai maklumat mengenai siasatan itu, boleh menawarkan diri menjadi saksi.
Mengenai bantahan keluarga Beng Hock berhubung pelantikan pegawai dari Pejabat Peguam Negara sebagai pegawai pengendali siasatan, beliau berkata pegawai-pegawai ini bukannya dilantik oleh Peguam Negara tetapi oleh Yang di-Pertuan Agong, dan mereka harus patuh titah perintah Seri Paduka Baginda dan bukannya mengikut arahan Peguam Negara dalam kes ini.
Katanya, jika semasa prosiding, anggota keluarga dapat mengesan bahawa pegawai-pegawai ini cuba bertindak berat sebelah, mereka boleh memberitahu suruhanjaya itu, namun akibat daripada tindakan memboikot itu, mereka tidak lagi berpeluang berbuat demikian.
Beliau juga mengingat kembali tugas cemerlang yang dijalankan oleh Suruhanjaya Diraja yang menyiasat mengenai kes bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dipukul semasa dalam tahanan polis pada 1998.
Shaik Daud berkata bahawa hanya selepas suruhanjaya itu ditubuhkan, barulah timbul keterangan baru sehingga terbukti bahawa Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor adalah orang yang memukul Anwar.
Ia memerlukan sebuah suruhanjaya untuk membongkar apa yang sebenarnya berlaku kerana sebelum itu semua pegawai dan kakitangan bawahan Rahim ketika itu takut untuk memberi keterangan, katanya.
"Inilah satu contoh terbaik yang saya dapat berikan mengenai keberkesanan sebuah suruhanjaya siasatan diraja," kata Shaik Daud sambil menjelaskan bahawa rayuan Rahim terhadap hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 kerana memukul adalah kes terakhir yang beliau dengar sebelum bersara. — BERNAMA

UM-Selasa 01.03.2011 - Hairuman dikecuali bayar pinjaman PTPK RM13,632.88

DALAM NEGERI

Hairuman dikecuali bayar pinjaman PTPK RM13,632.88

HAIRUMAN Miskon mendengar kata-kata semangat yang disampaikan oleh kakaknya, Maryuni di Wad Rawatan Kebakaran, Hospital Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 28 Feb. - Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) mengecualikan pembayaran balik baki tunggakan pinjaman mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi, Muhamad Hairuman Miskon, 22, berjumlah RM13,632.88.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, kementeriannya melalui PTPK sedang berurusan dengan pihak insurans berkaitan dengan pinjaman berkenaan.
"Setiap peminjam PTPK dicarumkan skim insurans perlindungan berkelompok bagi melindungi pinjaman mereka sekiranya peminjam meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal.
"Kita harap dengan bantuan ini, dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh keluarganya," katanya kepada pemberita selepas melawat Hairuman di Wad Rawatan Kebakaran, Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.
Pada lawatan itu, Maznah turut menyampaikan sumbangan RM2,000 yang dikumpulkan oleh kakitangan PTPK kepada Hairuman.
Pada 26 November lalu, Hairuman terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi semasa mengait buah kelapa sawit di sebuah kebun di Sungai Tengi Kanan Darat, Tanjong Karang, Selangor.
Akibat kejadian berkenaan, kedua-dua belah tangan serta kaki kiri pemuda berkenaan terpaksa dipotong apabila doktor mendapati anggota tersebut tidak boleh diselamatkan.
Maznah menambah, kementerian bersimpati dengan nasib yang menimpa Hairuman dan berharap sokongan dapat diberikan secara berterusan agar pemuda berkenaan dapat meningkatkan keyakinan diri.
Bagaimanapun, beliau merasa bangga dengan semangat dan kegigihan yang ditunjukkan Hairuman.
"Kita harap dia hanya menumpukan kepada aspek kesihatan diri sahaja dan kementerian akan cuba membantu mencari peluang pekerjaan setelah dia sihat nanti," jelasnya.
Sementara itu, Hairuman yang ditemui berkata, dia bersyukur dengan bantuan yang diberikan Kementerian Sumber Manusia dan PTPK.
"Dengan bantuan yang diberikan, ia dapat meringankan beban saya," katanya.
Dia menambah, kejadian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk menjadi seorang kontraktor elektrik.
Dalam pada itu, kakak Hairuman, Maryuni Miskon, 32, berkata, dia terharu dengan bantuan dan kesudian pihak kementerian melawat adiknya.
"Terima kasih atas segala bantuan yang diberikan dan saya harap dengan bantuan ini dapat dijadikan perangsang kepada Hairuman untuk menjalani kehidupan selepas ini," katanya.
Tambahnya, adiknya itu telah menunjukkan perubahan positif dan keluarganya sentiasa memberikan sokongan moral pada Hairuman.

UM-Selasa 01.03.2011 - Abu Kassim individu keempat paling berpengaruh dunia etika perniagaan

link asal





DALAM NEGERI

Abu Kassim individu keempat paling berpengaruh dunia etika perniagaan

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed disenaraikan sebagai individu keempat daripada 100 orang paling berpengaruh dalam dunia etika perniagaan sepanjang tahun lalu.
Portal berita Ethisphere yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat (AS) pada 31 Januari lalu, menyenaraikan 100 individu paling berpengaruh di seluruh dunia berdasarkan penilaian lapan kategori.
Abu Kassim diletakkan sebagai individu keempat paling berpengaruh bagi kategori kerajaan dan amalan peraturan kerana usaha beliau memerangi rasuah bersama negara jiran di Asia Tenggara.
Tujuh lagi kategori ialah kepimpinan pemikir; kepimpinan perniagaan; budaya korporat; pelaburan dan penyelidikan; reka bentuk dan kemampanan; media dan pemberi maklumat; NGO; dan sifat dermawan.
Dalam senarai yang dikeluarkan Ethisphere untuk tahun 2010, dua ahli Parlimen di United Kingdom (UK), Lord Willy Bach dari UK House of Lords dan bekas Setiausaha Kementerian Luar, Jack Straw, berkongsi tempat pertama atas usaha mereka memperkenalkan Akta Pencegahan Rasuah di negara itu.
Tempat ketiga penyenaraian itu menjadi milik Pengerusi Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan AS, Jon Leibowitz bagi kategori kerajaan dan amalan peraturan.
Menurut laporan portal itu, walaupun ramai daripada yang tersenarai itu wajar diberikan anugerah pencapaian sepanjang hayat, senarai 2010 mengiktiraf mereka yang telah memberikan impak penting khususnya sepanjang tahun tersebut.
"Sesetengahnya orang terkenal di dunia dan ada yang tidak dikenali, tetapi daripada segi reka cipta pakej mapan untuk mendapatkan semula berbilion-bilion dollar daripada penipuan, 100 individu berikut telah memberikan impak dalam dunia etika perniagaan dalam cara yang akan terus memberikan kesan untuk tahun-tahun akan datang," menurut laporan Ethisphere.
Bilionair dan juga dermawan AS, Bill Gates pula hanya sekadar berada pada kedudukan ke-16 manakala pewaris takhta Britain, Putera Charles yang baru-baru ini mengeluarkan dokumentari Harmony: A New Way of Looking at our World menduduki tempat ke-92 bagi kategori kepimpinan alam sekitar.

UM-Selasa 01.03.2011 - PBT pantau taman perumahan

link asal



DALAM NEGERI

PBT pantau taman perumahan



KUALA LUMPUR 28 Feb. - Pihak berkuasa tempatan (PBT) akan memantau kawasan perumahan yang mempunyai pondok keselamatan dan palang besi di pintu masuk supaya polisi keselamatan dipatuhi.
Selain itu, kata, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung(gambar), pemantauan berkenaan perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini.
"Apa yang penting, pondok keselamatan yang dilengkapi dengan palang besi itu mestilah dikawal 24 jam.
"Oleh itu, kita akan membuat pemantauan bagi memastikan garis panduan itu dipatuhi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat Celven Loke yang kehilangan isterinya , Ong Ean Lee dan anak perempuannya, Artina Loke Xin Yu yang mati lemas akibat terhidu asap dalam kebakaran dua hari lepas di Taman Mastiara, Kepong.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Othman Abdullah.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi Sabtu lepas, pasukan bomba terpaksa mengambil masa untuk memotong pagar besi berkenaan kerana tiada pengawal bertugas ketika itu sebelum dapat masuk ke kawasan kebakaran.
Sementara itu, Chee Heung berkata, kebanyakan kawasan perumahan di ibu negara dan Selangor telah lama menggunakan sistem pondok pengawal yang mempunyai palang besi.
"Mereka laksanakan langkah ini sebelum kriteria keselamatan dikeluarkan oleh kementerian lagi dan oleh itu tidak hairanlah banyak yang tidak mematuhi piawaian.
"Dalam kes ini, saya menasihatkan keluarga mangsa supaya membuat laporan polis," katanya.

UM-Selasa 01.03.2011 - Masjid Cina tarik pelancong

DALAM NEGERI

Masjid Cina tarik pelancong




ROSMAH Mansor (tengah) bersama pemenang dan peserta pada Majlis Penyampaian Sijil dan Anugerah Kepada Pemenang Peraduan Merekabentuk Masjid Macma & Kompleks Kebudayaan Islam di Menara 1, DBKL, Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Abdul Razak Latif


KUALA LUMPUR 28 Feb. – Masjid Cina Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) yang bakal didirikan di Jalan Davis di sini, berpotensi menarik perhatian ramai pelancong dari luar negara.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, ini kerana masjid tersebut mempunyai elemen-elemen kesenian yang unik melalui seni bina Cina.
Tambahan, katanya, Kompleks Kebudayaan Islam yang bakal didirikan bersama-sama dengan masjid itu turut diaplikasi dengan idea-idea segar, khususnya melalui penceritaan dan penerangan sejarah Islam terdahulu iaitu bermulanya zaman pengembaraan Laksamana Muhammad Zheng Ho ke Nusantara.
‘‘Saya percaya dengan lokasi masjid yang amat strategik itu, ia mampu menarik pelancong khususnya mereka yang bukan beragama Islam untuk melihat masjid dan sekali gus mengenali negara ini dengan lebih dekat.
‘‘Bagi sesetengah umat Islam, daya tarikan ini kelihatan seperti biasa, namun bagi masyarakat lain itu adalah sesuatu yang perlu diketahui secara mendalam.
“Oleh itu, adalah wajar umat Islam mengambil peluang ini untuk memperluaskan pengetahuan mengenai Islam dan seni melalui pelancongan,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sijil dan anugerah kepada pemenang Peraduan Merekabentuk Masjid Macma dan kompleks kebudayaan Islam di sini hari ini.
Hadir pada majlis itu, Presiden Macma, Datuk Mustapha Ma; Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Salleh Yusup; Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dan Isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Nafesah Raja Nong Chik Abidin.
Rosmah berkata, setakat ini masjid yang dilihat berpotensi menarik pelancong adalah Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Putra Putrajaya.
Selain itu, katanya, Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah, Masjid Kristal Terengganu, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Masjid Kampung Laut Kelantan dan Masjid Ulu Melaka.
‘‘Justeru, saya berharap apabila Masjid Cina ini siap dibina kelak, ia akan menjadi pilihan utama para pelancong dan menjadi mercu kepada keunikan dan kesejagatan Islam di seluruh dunia,’’ kata beliau.
Rosmah berkata, dengan terbinanya Masjid Cina dan kompleks itu, ia membuktikan bahawa Islam bukan hanya milik sesuatu kaum sahaja, malah ia untuk semua keturunan dan seluruh manusia.
Peraduan Merekabentuk Masjid Cina dan Kompleks Kebudayaan Islam yang merupakan inisiatif Macma dan anjuran PAM itu dilancarkan pada Ogos tahun lepas.
Peraduan berkenaan membuka penyertaan khusus kepada semua syarikat-syarikat arkitek di bawah PAM serta menawarkan hadiah wang tunai RM90,000 kepada pemenang utama.
Sebanyak 53 syarikat seluruh Malaysia telah menghantar permohonan tetapi pada hari ini, juri sebulat suara memutuskan bahawa tiada pemenang utama.
Sebaliknya dua peserta terbaik dipilih bagi memenangi wang RM30,000 sebagai anugerah pereka terbaik.
Masing-masing yang menerima anugerah itu ialah Ar. Ang Wen Hsia & Ar. Ang Boo Chung dan Zon Design Rekabina Sdn. Bhd.

UM-01.03.2011 - Pengorbanan 'Budak Terengganu' berbaloi

link asal



DALAM NEGERI

Pengorbanan 'Budak Terengganu' berbaloi


DARI kiri: Mohd. Ridduan Ali Akmal, Mohd. Yazid Marlok dan Muhd. Nurhalfifi Che Husin di samping lukisan mural yang berjaya mendapat tempat pertama pada Pertandingan Lukisan Mural 1Malaysia di The Zon, Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 28 Feb. - Perjalanan lebih enam jam dari Setiu, Terengganu ke negeri ini ternyata berbaloi kepada tiga sahabat baik apabila mereka dinobatkan sebagai juara bagi Pertandingan Lukisan Mural 1Malaysia di The Zon di sini semalam.
Dengan kemenangan itu, peserta yang menggelarkan diri mereka sebagai Budak Terengganu Designer itu berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta baucer membeli-belah bernilai RM200, baucer RM150 sumbangan Starbucks serta sijil penyertaan.
Wakil pasukan, Mohd. Nurhalfifi Che Hussin, 23, berkata, kemenangan itu adalah sesuatu yang amat bermakna bagi mereka selepas mengharungi perjalanan agak lama dari Terengganu ke Johor Bahru dan kemenangan itu memang di luar jangkaan.
Meskipun pernah menyertai banyak pertandingan seumpama itu sebelum ini, dia memberitahu, kemenangan dikecapi bersama dua sahabatnya, Mohd. Ridduan Ali Akmal, 23, dan Mohd. Yazid Marlok, 20, adalah yang pertama bagi mereka.
"Kami datang dari Terengganu menaiki bas semata-mata untuk menyertai pertandingan ini dan ternyata penat lelah kami membuahkan hasil dan amat berbaloi," katanya semasa ditemui selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan tersebut di sini.
Dengan menggunakan konsep alam semula jadi, Budak Terengganu Designer berjaya menewaskan 110 kumpulan lain.
Pertandingan Lukisan Mural 1Malaysia yang bermula seawal pukul 9 pagi hingga 5 petang itu turut mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila disenaraikan dalam buku The Malaysian Book Of Records sebagai lukisan mural terpanjang di Malaysia iaitu 655 meter.
Sementara itu, Pengarah Khidmat Pengurusan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Abdul Ghazali Karim berkata, pertandingan itu bertujuan menyaksikan penghayatan konsep 1Malaysia melalui lukisan mural.
Beliau berkata, ia juga bagi memupuk bakat seni masyarakat tempatan yang bersesuaian dengan tema pertandingan iaitu Warna Alam Semula Jadi 1Malaysia.
"Kebanyakan peserta yang ditemui melahirkan rasa gembira dan berharap akan diterus pada masa akan datang kerana ia dapat melahirkan lebih ramai generasi muda kreatif," katanya.

UM-01.03.2011 - Dr. Mahathir-Bunuh rakyat sendiri perbuatan zalim dan primitif

DALAM NEGERI

Bunuh rakyat sendiri perbuatan zalim dan primitif

SUBANG JAYA 28 Feb. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan pembunuhan rakyat oleh Presiden Libya, Muammar Gaddafi dalam usahanya mempertahankan kuasa di negara itu sebagai zalim dan primitif.
Beliau berkata, sepatutnya Gaddafi segera meletakkan jawatan seperti mana rakyat mahukan dan bukannya melakukan satu tindakan yang tidak bertamadun.
Tegasnya, menggunakan kekerasan hingga ke peringkat sanggup membunuh bangsa serta rakyat sendiri demi kuasa tidak membawa sebarang keuntungan sebaliknya hanya akan menyebabkan lebih banyak kerosakan.
"Sekiranya rakyat tidak suka kepada seseorang pemimpin adalah lebih baik pemimpin berkenaan meletakkan jawatan. Ini tidak, apabila diminta berhenti sanggup berbunuh-bunuhan, tidak kenalah.
"Hakikatnya, perbuatan membunuh rakyat adalah tindakan zalim, kerja primitif," katanya kepada pemberita selepas memberi ucaptama Forum Bioteknologi 2011 anjuran Akademi Islam Antarabangsa bagi Sains Hayat dan Bioteknologi (IAB) di sini hari ini.
Turut hadir pada forum tersebut Pengerusi IAB, Datuk Dr. Rosti Saruwono dan Pengarah IAB, Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdul Latif Ibrahim.
Mengulas lanjut Dr. Mahathir berkata, dalam tempoh 40 tahun Gadaafi memerintah tidak berlaku kemajuan di kalangan penduduk Libya sehingga mengakibatkan kehidupan mereka merana.
"Sekian lama rakyat kena seksa. Di sana kerja tidak ada, kehidupan merana. Bila diminta supaya berhenti sanggup membunuh bangsa sendiri," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya Dr. Mahathir berkata, peperangan tidak akan membawa penyelesaian apa-apa sebaliknya hanya menyebabkan berlaku kemusnahan kepada manusia.
Ujarnya, tidak kira apa punca berlakunya peperangan itu, akibatnya boleh mengakibatkan kematian kepada mereka yang tidak bersalah.
"Peperangan adalah satu jenayah yang perlu kita tentang. Cuba lihat apa yang berlaku di beberapa negara seperti Iraq. Apa yang mereka dapat selain daripada kemusnahan," katanya.
Berdasarkan itu, beliau berkata, kemajuan sains dan teknologi harus digunakan untuk manfaat manusia sejagat dan bukannya bertindak sebagai senjata pembunuh.
Justeru, katanya, para saintis perlu lebih bertanggungjawab dalam menghasilkan penemuan-penemuan baru agar ia benar-benar memberi faedah kepada masyarakat.
"Sebagai contoh kejayaan saintis mengenal pasti sel stem sebagai salah satu kaedah perubatan yang baru bagi penyakit tertentu dan begitu juga penciptaan teknologi-teknologi perubatan yang moden.
"Namun terdapat juga para saintis menggunakan kepakaran mereka untuk mencipta senjata-senjata moden yang akhirnya boleh memusnahkan manusia itu sendiri," katanya.
Berhubung pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), beliau mahu ia diteruskan kerana kebanyakan bahan rujukan kedua-dua subjek itu ditulis dalam bahasa Inggeris.

UM-Sakit bukan halangan bergelar pakar ekonomi-

link


Selasa 01.03.2011 - Utusan Malaysia

Sakit bukan halangan bergelar pakar ekonomi




Low Hong Ping


KUALA LUMPUR 28 Feb. - Walaupun menghidap penyakit Spinal Muscular Atrophy (SMA) atau penyakit berkaitan otot sejak lahir, ia tidak menghalang Low Hong Ping untuk meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan baru-baru ini.
Anak bongsu daripada dua beradik itu sentiasa cekal dan tidak mudah mengalah dalam memastikan impiannya untuk bergelar pakar ekonomi suatu hari nanti tercapai.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. John itu berjaya memperoleh 4A dalam peperiksaan berkenaan dan merancang menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Malaya (UM).
"Saya sangat gembira dengan kejayaan ini dan bersyukur kepada Tuhan kerana memberi saya semangat untuk terus maju ke hadapan serta keluarga yang sentiasa berada di samping saya.
"Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua guru dan rakan yang sentiasa memberi sokongan serta semangat untuk saya berjaya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Hong Ping yang berkerusi roda dan memerlukan bantuan ahli keluarga untuk bergerak berkata, tiada halangan untuk berjaya kerana semuanya bergantung pada usaha dan semangat diri.
"Saya memperuntukkan dua jam sehari bagi mengulang kaji pelajaran sejak di tingkatan enam rendah lagi agar maklumat yang diperolehi dapat saya fahami.
"Persediaan awal juga harus dilakukan agar lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan," jelasnya.
Katanya, tumpuan dalam kelas juga harus diberikan sepenuhnya agar semua perkara yang disampaikan guru dapat diterima sepenuhnya.
Tambahnya, dalam mengharungi kehidupan semua pelajar seharusnya membuat perancangan masa depan yang teliti bagi memastikan impian dapat dicapai.

My Blog List