Search This Blog

Friday, March 25, 2011

Jumaat-25.03.2011-Baiki tiang lampu rosak

link disini



JOHOR

Baiki tiang lampu rosak




SEORANG penduduk menunjukkan tiang lampu jalan yang tidak berpenutup di Jalan Pingai, Johor Bahru, semalam. – UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM


JOHOR BAHRU 24 Mac – Kematian pelajar, Muhammad Naquiddin Mohd. Marzuki, 11, akibat terkena renjatan elektrik dari sebuah tiang lampu jalan semasa bermain bola berhampiran rumahnya di Taman Batu 3, Shah Alam pada 19 Mac lalu masih lagi diingati ramai.
Tidak diketahui di mana silapnya, tiang lampu jalan berkenaan yang sepatutnya berfungsi untuk menerangi kawasan tersebut pada waktu malam akhirnya meragut nyawa seorang budak yang tidak berdosa.
Nasib yang menimpa Muhammad Naquiddin mungkin boleh terjadi kepada orang lain sekiranya isu ini tidak diberi perhatian sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab.
Ini kerana tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini mendapati terdapat tiang lampu jalan yang berada dalam keadaan berbahaya termasuk yang tiada penutup.
Seorang kakitangan kerajaan, Mohd. Farihin Hassan, 29, berkata, tiang lampu berkenaan yang tiada penutup menyebabkan wayar di dalamnya boleh terkeluar selain air boleh masuk ke dalam tiang lampu tersebut apabila hujan.
“Keadaan ini amat berbahaya terutama sekali kepada pejalan kaki kerana mereka sering terdedah kepada bahaya setiap kali melalui jalan yang mempunyai tiang lampu jalan berkenaan.
“Mereka mungkin tersentuh secara tidak sengaja dan perkara yang tidak diingini mungkin boleh berlaku,” katanya.
Mohd. Farihin berkata, pihak yang bertanggungjawab digesa agar mengambil tindakan segera dengan menyelenggara semua kerosakan yang terdapat pada tiang lampu jalan di bandar raya ini.


nama file : 
UM_Jum25032011_Baiki tiang lampu rosak.jpg


No comments:

Post a Comment

My Blog List